Mayat terdampar lagi di persisiran pantai di Bachok

Mayat terdampar lagi di persisiran pantai di Bachok

Kurang seminggu penemuan mayat lelaki tinggal rangka di Pantai Kandis, satu lagi mayat dengan keadaan sama ditemukan di Pantai Kemayang, Tawang, Bachok, hari ini.

Mayat dalam keadaan hanya berseluar pendek paras lutut ditemui kira-kira dua meter dari pesisir pantai pada 5 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata, mayat itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

Beliau berkata, mayat tanpa pengenalan diri itu hanya tinggal tulang belakang dan tulang paha sahaja.

“Berdasarkan fizikal mayat yang tinggal rangka, kita anggarkan mangsa sudah meninggal dunia melebihi 10 hari.

“Setakat ini kita tidak dapat sahkan lagi identiti dan jantina mangsa kerana mayat hanya tinggal rangka,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada mayat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu dan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat tinggal rangka di pesisir pantai di daerah itu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diharapkan memberikan kerjasama dengan melaporkan kepada polis sekiranya kehilangan ahli keluarga.

Sebelum ini, tiga mayat juga hanya tinggal rangka ditemui pada 14 Februari serta 2 dan 13 Februari di kawasan pantai sekitar Bachok iaitu di Pantai Sri Telong, Pantai Kuala Kandis dan Pantai Melawi.

Penemuan mayat hari ini adalah mayat keempat dengan keadaan fizikal tinggal rangka dan tanpa pengenalan diri, tetapi tiada laporan kehilangan setakat ini.

Berita penuh: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/676215/lagi-rangka-manusia-ditemukan-di-pantai-di-bachok

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )