Isa Samad dihukum 6 tahun penjara, denda RM15.4 juta kerana rasuah

Isa Samad dihukum 6 tahun penjara, denda RM15.4 juta kerana rasuah

Bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad hari ini dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan denda RM15.45 juta selepas didapati bersalah dalam sembilan pertuduhan rasuah.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Kata Mohd Nazlan pihak pembelaan Mohd Isa gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes yang dibawa pihak pendakwaan.

Isa sebelum ini dihadapkan dengan sembilan pertuduhan menerima rasuah untuk dirinya sendiri. Dia didakwa menerima wang bernilai RM3.09 juta daripada anggota Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, melalui Muhammad Zahid Md Arip.

Habuan berkenaan diberi kepada Mohd Isa sebagai imbuhan atas bantuannya meluluskan Hotel Merdeka Palace & Suites berharga RM160 juta.

Hotel yang terletak di Kuching, Sarawak itu dibeli oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/561498

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )