5 tuduhan seksual seorang guru terhadap kanak-kanak lelaki

5 tuduhan seksual seorang guru terhadap kanak-kanak lelaki

Seorang guru lelaki berdepan lima tuduhan jenayah seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Tertuduh Mohamad Khairi Hassan, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dalam kejadian pada 13 Jan lalu kira-kira jam 4.37 petang di Kampung Pauh Butut, Kota Bharu, tertuduh didakwa berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp dengan menawarkan hadiah motosikal jenis Yamaha LC kepada mangsa dengan niat untuk melakukan kesalahan seksual mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Mohamad Khairi didakwa melakukan jenayah seksual terhadap mangsa yang sama dalam kejadian pada 29 Jan lalu, kira-kira jam 3 petang di sebuah hotel di Kota Bharu dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) akta yang sama.

Berdasarkan pertuduhan keempat dan kelima pula tertuduh pada 13 dan 14 Jan lalu didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa yang sama dan dengan maksud seksual membuatkan mangsa melakukan aktiviti bersifat seksual.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11(1)(a) dan Seksyen 15(f) Aktas Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2007.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nuri Abdul Rahman.

Terdahulu, Hajarul Falenna Itah memohon supaya mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Ahmad Nuri memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya memandangkan tertuduh bertugas sebagai seorang guru selain perlu menanggung keluarga.

Mahkamah kemudiannya menetapkan RM30,000 dengan seorang penjamin dan meminta tertuduh melapor diri di Balai Polis setiap 1 haribulan setiap bulan.

Mahkamah juga menetapkan 11 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/562054

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )